Saturday, March 7, 2009

blog dalam bahasa malaysia pulak

assalamualaikum

mulai hari ini saya akan ber blog dalam bahasa ibunda pula. bukannya sebelum ini saya tidak boleh, tetapi saya hanya ingin melakukan suatu yang global. bila kita melakukan sesuatu dengan matlamat yang global, maka kita harus menggunakan bahasa yang global.

pandangan saya, lakukan sesuatu dengan skala yang lebih besar, kalau tak salah saya, istilah 'jaguh kampung', perlu dirubah supaya pencapaian kita lebih maju dan menyerlah. itu lebih baik dan langkah langkah ke arah ini mesti diperluaskan terutama pada remaja yang dalam proses pembelajaran. mindset atau pemikiran ini juga sepatutnya sudah tertanam dan mendalam pada generasi matang di malaysia, supaya sama sama membangunkan anak bangsa kita.

bagi saya, elakkan usaha memundurkan diri samada secara sengaja atau tidak sengaja. yang tidak sengaja maksud saya di sini adalah disebabkan ignorance. iaitu sudah lah tidak mempunyai asas yang kuat dan betul , tetapi berazam menegakkan perjuangan yang melemahkan bangsa sendiri.

saya berdoa agar negara kita terus maju, berteraskan ideologi yang bernas, terbit dari pemikiran bangsa malaysia yang kuat membaca dan menuntut ilmu pengetahuan yang seimbang dalam dunia dan juga akhirat. barulah ada keseimbangan.

ha, ha . pertama kali saya ber blog dalam bahasa malaysia, terus jadi patriotik pulak.... al maklumlah bekas tentera.....

i love my country, tapi yang paling mulia dalam konteks ini adalah my dear husband. he is my hero, one of the true patriot of this country. begitu mendalam maksudnya, hanya saya yang tahu dan alang kah bagusnya kalau semua orang tahu...... biar lah rahsia......

kontradiktori kan ?, kenyataan di atas tu ? bahasa jiwa bangsa, komunikasi nadi keamanan sejagat.

cukuplah , saya nak lihat respon dari blog saya kali ini. ada maklumbalas ke tidak. saya hanya boleh berharap......

1 comment:

Sam said...

I am looking for article regarding stress management in dentistry, Plz help
Dentist job stress